Filtrar por gênero

Cerita Hantu Seram - SYOK Podcast [BM]

Cerita Hantu Seram - SYOK Podcast [BM]

SYOK Podcast

Setiap cerita misteri akan hadirnya mistik. Di dalam rumah berlangsirkan kain hitam ini menjadi saksi cerita entiti yang pasti mendebarkan disegenap ruang diri. Berdasarkan kisah-kisah benar, SYOK Cerita Hantu Seram menceritakan pengalaman-pengalaman seram yang pernah dilalui.

47 - Sumpah Orang Minyak | Cerita Hantu Seram S3EP07
0:00 / 0:00
1x
  • 47 - Sumpah Orang Minyak | Cerita Hantu Seram S3EP07

    Orang Minyak merujuk kepada seseorang yang menuntut ilmu batin bagi menceroboh masuk ke dalam rumah mangsa bagi tujuan mencuri atau membuat onar. Ada pendapat mengatakan, Orang Minyak terhasil kerana pada awalnya dia tersalah menuntut menyebabkan dia menjadi hitam dan hanya akan pulih selepas memperkosa 40 orang gadis. Mangsa akan terpukau dan ditanda dengan pangkah pada mukanya selepas dinodai.

    Fri, 26 Apr 2024
  • 46 - Jiran Misteri | Cerita Hantu Seram S3EP06

    Mungkin tanpa anda sedar, anda kini sedang berkongsi ruang dengan sesuatu dari alam ghaib, bunyi-bunyian aneh dan kehadiran entiti yang menakutkan boleh dirasai di rumah anda. Berlaku kejadian-kejadian yang tidak dapat dijelaskan dengan logik akal. Selepas mendengar cerita ini, mungkin anda akan rasa tidak pernah keseorangan lagi.

    Fri, 19 Apr 2024
  • 45 - Pekan Gurney | Cerita Hantu Seram S3EP05

    Sesetengah tempat mempunyai tempat istimewa dalam dunia paranormal, seperti Pekan Gurney di mana kegelapan mungkin menyembunyikan misteri yang menakutkan, dan roh-roh yang terlepas dari alamnya mungkin berkeliaran di malam yang sunyi

    Fri, 12 Apr 2024
  • 44 - Aplikasi Misteri | Cerita Hantu Seram S3EP04

    Pernahkah anda merasai ketakutan ketika memandu seorang diri di malam hari? aplikasi telefon boleh mengkaburi mata, peta menghala anda ke destinasi yang tak dikenal. Mungkin selepas mendengar kisah ini anda akan periksa dua kali aplikasi anda ketika memandu di malam hari.

    Fri, 05 Apr 2024
  • 43 - Batu Nisan Berpindah Kubur | Cerita Hantu Seram S3EP03

    Terdapat sebuah kisah mistik yang telah tersebar tentang batu nisan yang berpindah dari kuburannya. Teror ini bukan sekadar cerita rekaan, tetapi pengalaman sebenar. Kubur arwah tersayang disembunyikan dari pandangan kita oleh iblis dan setan.

    Fri, 29 Mar 2024
Mostrar mais episódios