Filtrer par genre
- 47 - Sumpah Orang Minyak | Cerita Hantu Seram S3EP07
Orang Minyak merujuk kepada seseorang yang menuntut ilmu batin bagi menceroboh masuk ke dalam rumah mangsa bagi tujuan mencuri atau membuat onar. Ada pendapat mengatakan, Orang Minyak terhasil kerana pada awalnya dia tersalah menuntut menyebabkan dia menjadi hitam dan hanya akan pulih selepas memperkosa 40 orang gadis. Mangsa akan terpukau dan ditanda dengan pangkah pada mukanya selepas dinodai.
Fri, 26 Apr 2024 - 46 - Jiran Misteri | Cerita Hantu Seram S3EP06
Mungkin tanpa anda sedar, anda kini sedang berkongsi ruang dengan sesuatu dari alam ghaib, bunyi-bunyian aneh dan kehadiran entiti yang menakutkan boleh dirasai di rumah anda. Berlaku kejadian-kejadian yang tidak dapat dijelaskan dengan logik akal. Selepas mendengar cerita ini, mungkin anda akan rasa tidak pernah keseorangan lagi.
Fri, 19 Apr 2024 - 45 - Pekan Gurney | Cerita Hantu Seram S3EP05
Sesetengah tempat mempunyai tempat istimewa dalam dunia paranormal, seperti Pekan Gurney di mana kegelapan mungkin menyembunyikan misteri yang menakutkan, dan roh-roh yang terlepas dari alamnya mungkin berkeliaran di malam yang sunyi
Fri, 12 Apr 2024 - 44 - Aplikasi Misteri | Cerita Hantu Seram S3EP04
Pernahkah anda merasai ketakutan ketika memandu seorang diri di malam hari? aplikasi telefon boleh mengkaburi mata, peta menghala anda ke destinasi yang tak dikenal. Mungkin selepas mendengar kisah ini anda akan periksa dua kali aplikasi anda ketika memandu di malam hari.
Fri, 05 Apr 2024 - 43 - Batu Nisan Berpindah Kubur | Cerita Hantu Seram S3EP03
Terdapat sebuah kisah mistik yang telah tersebar tentang batu nisan yang berpindah dari kuburannya. Teror ini bukan sekadar cerita rekaan, tetapi pengalaman sebenar. Kubur arwah tersayang disembunyikan dari pandangan kita oleh iblis dan setan.
Fri, 29 Mar 2024 - 42 - Simalungu | Cerita Hantu Seram S3EP02
Dalam mitos lama masyarakat Iban, buaya jelmaan itu disangka adalah wujudnya pahlawan bernama Simalungu. Kecemerlangan Simalungun dikaitkan dengan ilmu kebal yang dimiliki, menjadikan badannya tidak mampu ditembus oleh senjata mana pun. Pada tahun 1980-an, kepercayaan segelintir penduduk Iban mengetengahkan legenda buaya raksasa 'Bujang Senang', yang kononnya berasal daripada Simalungu yang terkena sumpahan, diubah menjadi haiwan tersebut.
Fri, 22 Mar 2024 - 41 - Bukit Putus | Cerita Hantu Seram S3EP01
Kisah - kisah Seram Di Bukit Putus agak gempar dan menyeramkan. Ramai pengguna jalan raya menceritakan pengalaman paranormal yang mencatatkan wanita cantik dan keluarga tanpa kepala yang dikatakan menjadi mangsa kemalangan di kawasan Bukit Putus. Selepas mendengar episod ini, anda mungkin akan berfikir dua kali sebelum melalui kawasan tersebut .
Fri, 15 Mar 2024 - 40 - Lembaga Hitam Dari China | Cerita Hantu Seram S2EP20
Amanda Tan berkongsi pengalaman paranormal yang aneh semasa lawatannya ke China semasa remajanya di mana dia berdepan dengan sebuah lembaga hitam yang misterius yang seolah-olah berada di bayangan, memerhatikan setiap langkahnya.
Sun, 14 Jan 2024 - 39 - Jin Dasim Perosak Rumah Tangga | Cerita Hantu Seram S2EP19
Jin Dasim adalah jin atau syaitan yang suka memecah belah rumah tangga, mereka akan menghasut suami isteri untuk bergaduh. Hati-hati jika anda dan pasangan kerap bergaduh tanpa sebab dan selalu rasa nak marah saja.
Sun, 07 Jan 2024 - 38 - Pakaian Bundle | Cerita Hantu Seram S2EP18
Istilah 'menyelam' ketika mencari pakaian atau pelbagai barangan terpakai atau lebih popular disebut 'bundle' memang tidak asing lagi dalam kalangan penggemarnya. Barangan terpakai mungkin mempunyai ikatan dengan roh yang telah meninggal dan pemilik baru mungkin akan mengalami kesannya.
Sun, 31 Dec 2023 - 37 - Permainan Berpuaka | Cerita Hantu Seram S2EP17
Ouija juga dikenal sebagai papan roh atau papan bicara, adalah papan datar yang ditandai dengan huruf alfabet, angka 0–9, kata "ya" , "tidak", kadang-kadang "halo" dan "selamat tinggal", bersama dengan berbagai simbol dan grafik. Di mana huruf dan angka bercerita, dan jawapan 'ya' dan 'tidak' dapat mengundang ketakutan.
Mon, 25 Dec 2023 - 36 - Homestay | Cerita Hantu Seram S2EP16
Adakah segelintir homestay ini tempat menumpang bagi hantu yang tak dapat berpindah ke alam lain? Apakah yang berlaku sebenarnya? Adakah homestay ini benar-benar berhantu atau ada penjelasan lain yang belum terungkai?
Mon, 18 Dec 2023 - 35 - Khadam dan Saka | Cerita Hantu Seram S2EP15
'Khadam' dianggap sebagai pelindung keturunan, menjaga mereka dari gangguan dan kejahatan baik dari manusia maupun jin. manakala Saka ditakrifkan sebagai pusaka iaitu dengan membawa maksud segala yang ditinggalkan oleh seseorang yang telah meninggal dunia untuk diwarisi oleh ahli keluarganya atau keturunannya.
Mon, 11 Dec 2023 - 34 - Apa Itu Cenuai? | Cerita Hantu Seram S2EP14
Cenuai diambil daripada bahasa Orang Asli yang bermaksud pengasih. Minyak yang didakwa boleh merendam rindu bagi yang membenci dan mendingin hati amarah itu dibuat daripada minyak wangi, tumbuhan dan kaedah tertentu. Ia menjadi rebutan kerana didakwa sebagai minyak pengasih yang ampuh.
Mon, 04 Dec 2023 - 33 - Gangguan Makhluk Halus Di Rumah | Cerita Hantu Seram S2EP13
Penunggu merupakan istilah yang merujuk kepada roh penjaga yang mempunyai pertalian dengan Puaka atau Jin. Istilah ini digunakan untuk merujuk kepada mana-mana roh alam ghaib, sama ada mereka berada di sana secara sukarela atau diundang.
Mon, 27 Nov 2023 - 32 - Aktiviti Paranormal | Cerita Hantu Seram S2EP12
Aktiviti paranormal merujuk kepada peristiwa atau fenomena yang dianggap di luar penjelasan sains konvensional atau normal. Aktiviti ini sering kali dikaitkan dengan kepercayaan kepada kekuatan atau entiti supranatural, seperti hantu, roh, atau kekuatan gaib lainnya. cerita ini mungkin merubah mengubah cara anda melihat dunia sekeliling.
Mon, 20 Nov 2023 - 31 - Dukun Dan Bomoh | Cerita Hantu Seram S2EP11
Bomoh merupakan orang yang dipercayai boleh menyembuhkan berbagai-bagai penyakit kerana dianggap boleh berhubung dengan roh atau kuasa ghaib. Ahli perubatan tradisional dalam masyarakat Melayu turut dikenali sebagai dukun, atau pawang.
Mon, 13 Nov 2023 - 30 - Voodoo | Cerita Hantu Seram S2EP10
Voodoo adalah sebuah tradisi dan kepercayaan yang berasal dari wilayah Afrika Barat, terutama di negara-negara seperti Benin, Togo, dan Ghana. Tradisi ini kemudian tersebar ke berbagai daerah di dunia, terutama di Haiti dan Amerika Serikat.
Mon, 06 Nov 2023 - 29 - Toyol Anak Jelma Kegelapan | Cerita Hantu Seram S2EP9
Toyol ini dikatakan berbentuk kanak-kanak kecil dan turut mempunyai perangai seperti kanak-kanak kecil. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka. Selepas mendengar episod ini, anda mungkin akan merasa takut apabila anda mendengar perkataan "toyol".
Mon, 30 Oct 2023 - 28 - Orang Bunian | Cerita Hantu Seram S2EP8
Orang bunian ialah makhluk halus, dalam kepercayaan masyarakat Malaysia, Brunei dan Indonesia, yang tidak boleh dilihat oleh manusia, kecuali bagi mereka yang mempunyai "penglihatan rohani". Selepas mendengar cerita ini, anda mungkin akan mula bertanya-tanya sama ada anda tinggal seorang diri atau ada sesuatu yang berkongsi rumah yang anda mendiami.
Mon, 23 Oct 2023 - 27 - Susuk | Cerita Hantu Seram S2EP7
Susuk merujuk kepada memasukkan sesuatu bahan asing ke dalam badan bagi mendapatkan sesuatu kelebihan. Pelbagai bahan boleh digunakan, bergantung kepada apakah keinginan pengguna, dengan memakai susuk adalah muka sentiasa dipandang manis, tidak berusia, kebal dan sebagainya .Tapi, ketahuilah, harga yang harus dibayar akan menggigilkan jiwamu!
Mon, 16 Oct 2023 - 26 - Makhluk Halus Menunggu | Cerita Hantu Seram S2EP6
Makhluk Halus seperti jin dan syaitan, yang menghuni alam ghaib, selalu mengintai dalam kesunyian. Ketika kamu berada seorang diri, kamu yakin bahawa kamu benar-benar seorang diri, atau ada sesuatu bersamamu?
Mon, 09 Oct 2023 - 25 - Penunggu Hotel | Cerita Hantu Seram S2EP5
Shazreen Shaharum berkongsi kisah seram di hotel. Setelah anda mendengar kisah ini, anda mungkin mulai merasa ketakutan, adakah anda benar-benar sendirian atau sesuatu selalu mengawasi.
Mon, 02 Oct 2023 - 24 - Qarin | Cerita Hantu Seram S2EP4
Qɑrɪn adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada malaikat dan jin dari golongan syaitan yang mendampingi setiap manusia. Selepas mendengar kisah ini anda pasti akan mempertanyakan siapa yang sebenarnya berada di sekeliling anda. Adakah anda yakin ia benar-benar mereka yang anda sangka?
Mon, 25 Sep 2023 - 23 - Santau | Cerita Hantu Seram S2EP3
Santau adalah sejenis ilmu hitam atau sihir yang digunakan untuk meracuni atau mengganggu seseorang sering kali dikaitkan dengan konsep mistis . Di dalam episod ini, kita menyelami kisah misteri santau yang menggigilkan!
Mon, 18 Sep 2023 - 22 - Sumpahan Hijab Terbuka | Cerita Hantu Seram S2EP2
Rasa ingin tahu sering menarik perhatian topik membuka hijab, ada segelintir individu yang merasakan jika hijab dibuka pasti memberikan pengalaman yang menakjubkan serta menyeronokkan. Adakah anda pasti seronok? Mampu terima kesannya?
Mon, 11 Sep 2023 - 21 - Warung Misteri | Cerita Hantu Seram S2EP1
Segelintir perniagaan menggunakan wafak atau pelaris untuk membantu perniagaan mereka, Abang Wan menceritakan cerita yang menakutkan. Selepas mendengar cerita ini mungkin anda hendak pastikan apa yang anda nampak sebenar seperti yang terlihat!
Mon, 04 Sep 2023 - 20 - Fazziq Muqris Rasa Ada Benda Yang Besar Lalu Ketika Sedang Videocall | Cerita Hantu Seram EP20
Penyampai radio ERA dan pelakon drama Projek High Council, Fazziq Muqris percaya bahawa ada makhluk halus yang hidup bersama kita di muka bumi ini dan dia teringin sangat untuk melihat walaupun sekali pun jadilah! Sebab itu bagi Fazziq dia amat menghormati kawasan sekeliling dimana dia berada.
Fri, 24 Feb 2023 - 19 - Kawan Kolej Ili Ruzana Nampak Lembaga Besar Seperti 'Gorila' Bercangkung Di Chalet | Cerita Hantu Seram EP19
Penyampai radio HITZ, Ili Ruzana sentiasa ceria dan selalu bergelak ketawa. Namun, pengalaman kawannya di kolej membuat dia rasa takut apabila ingin tidur malam di chalet. Penampakan lembaga besar seperti gorila dan memanggil nama pada 2 pagi. Bahkan, ibu Ili sendiri percaya dengan kewujudan makhluk-makhluk halus sehingga Ili sendiri tak pernah pergi camping.
Fri, 17 Feb 2023 - 18 - Aswad Jalil Diganggu Sehingga Takut Nak Keluar Rumah | Cerita Hantu Seram EP18
Penyampai dan personaliti radio GEGAR Pilihan #1 Pantai Timur, berkongsi pengalaman dia diganggu oleh makhluk halus sehingga menjadi takut untuk keluar rumah. Sehingga terpaksa pergi berubat, selepas itu dikatakan "benda" itu sudah tiada dalam badannya tetapi kesan itu masih tidak hilang. Ternyata perkara ini juga berlaku kepada ayahnya sendiri sejak muda lagi. Dengarkan kisah seram Aswad Jalil dalam episod kali ini.
Fri, 10 Feb 2023 - 17 - RECAP Cerita Hantu Seram | Cerita Hantu Seram EP17
Kita terajui kembali kisah-kisah seram yang pernah dikongsikan dalam Cerita Hantu Seram. Kisah mana yang paling meremang! Dan kisah mana yang paling menakutkan!
Fri, 03 Feb 2023 - 16 - Mifzal Malik Dengar Suara Wanita Memanggil Ketika Tidur | Cerita Hantu Seram EP16
Mifzal Malik, seorang yang realistik. Dia tidak ingin perkara yang "menyeramkan" menghantui dirinya. Dia cuba sedaya upaya tidak ingin mencari masalah yang berhubung kait dengan makhluk halus. Namun, tidak boleh dinafikan situasi seperti ini tidak dapat dielakkan, apabila dia mendengar panggilan suara wanita di bilik kolejnya.
Fri, 27 Jan 2023 - 15 - Daniel Cheang Dengar Ketukan Dari Almari Kosong | Cerita Hantu Seram EP15
Personaliti media sosial, Daniel Cheang berkongsi kisah tentang satu pengalaman seram yang dilaluinya pada waktu kecil dan juga saudara Cinanya yang sering diganggu sehingga terpaksa pergi berubat.
Fri, 20 Jan 2023 - 14 - Kawan Nell Hanan Bernama Nora Sebenarnya Tidak Pernah Wujud? | Cerita Hantu Seram EP14
Nell Hanan bercerita tentang kawan rapatnya bernama Nora ketika zaman sekolah. Selalu duduk berborak dengan dia dalam kelas, bermain dengan dia di padang sehinggakan pergi makan bersama-sama di kantin. Tetapi satu hari cikgu Nell, bertanya kepadanya "Awak selalu bercakap dengan siapa dalam kelas?" Itu yang menimbulkan persoalan, siapakah Nora?
Fri, 13 Jan 2023 - 13 - Pocong Ketuk Kepala Di Tingkap Apartment Nell Hanan | Cerita Hantu Seram EP13
Dari kecil lagi Nell Hanan dapat melihat makhluk halus dan sudah biasa bertembunb dengan mereka ini. Tetapi ada satu peristiwa di bangunan apartment yang sehingga hari ini Nell tak boleh lupakan. Peristiwa yang bermula di lif dan diakhiri dengan pocong mengetuk kepalanya di ringkap dengan suara bergelma “Kenapa dah lalu, kenapa tak tegur?”
Fri, 06 Jan 2023 - 12 - Jazmy Juma Bertembung Dengan 3 Makhluk Di Highway | Cerita Hantu Seram EP12
Hero Remaja, Jazmy Juma tidak heran apabila ditanya tentang pengalaman dengan makhluk halus. Kerana sering sekali diganggu oleh mereka dimana sahaja dia berada. Pengalaman dia melihat rakannya dirasuk dan juga kakaknya yang boleh melihat makhluk halus ini membuat Jazmy lebiih percaya dengan keberadaan mereka.
Fri, 30 Dec 2022 - 11 - Hijab Terbuka Amira Berkomunikasi Dengan Makhluk Halus | Cerita Hantu Seram EP11
Bukan sahaja mempunyai kelebihan untuk melihat tetapi dapat berkomunikasi dengan makhluk halus. Amira menceritakan sendiri pengalaman-pengalaman berinteraksi dengan makhluk ghaib ini.
Fri, 23 Dec 2022 - 10 - Ika Mustafa Terkunci Dalam Bilik Air Di Hotel Oleh Hantu | Cerita Hantu Seram EP10
Sebelum menjejak langkah ke industri hiburan, Ika Mustafa dikenali sebagai seorang pramugari. Banyak negara yang Ika pergi tetapi pengalamannya ke Australia dan Lahore, Pakistan masih menghantuinya sehingga hari ini.
Fri, 16 Dec 2022 - 9 - Lutfi Amir Berkhemah Di Hutan Tapi "Ada" Yang Ikut Balik KL | Cerita Hantu Seram EP9
Orang lama-lama selalu kata, kalau nak masuk hutan atau tempat mana-mana pun kena ada adab dan caranya. Lutfi Amir ceritakan pengalaman dia terpaksa masuk hutan demi penggambaran untuk content. Walaupun tidur satu malam tetapi banyak perkara yang berlaku.
Fri, 02 Dec 2022 - 8 - RECAP: Kisah-Kisah Seram Yang Menyeramkan | Cerita Hantu Seram EP8
Kita terajui kembali kisah-kisah seram yang pernah dikongsikan dalam Cerita Hantu Seram. Kisah mana yang paling meremang! Dan kisah mana yang paling menakutkan!
Fri, 25 Nov 2022 - 7 - Aidil Nampak Tiga Lembaga Dalam Bilik Hotel | Cerita Hantu Seram EP7
Aidil, seorang pengurus artis banyak mengalami pengalaman mistik ketika bekerja. Yelah, bekerja dalam industri hiburan tidak sama seperti di pejabat. Kadang kala, balik lewat malam mahupun awal pagi. Kadang kala, terpaksa menemani artis ke kawasan yang luarannya kelihatan biasa dan cantik tetapi sebenarnya amatlah keras. Ini kisah pengalaman seram Aidil.
Fri, 18 Nov 2022 - 6 - Amir Mirza Punca Histeria Seminggu Di Sekolah? | Cerita Hantu Seram EP6
Amir Mirza nama baru dalam industri kongsikan pengalaman paling seram apabila pelajar-pelajar di sekolahnya diganggu histeria selama seminggu. Sehinggakan terpaksa memagar kawasan sekolah tersebut demi keselamatan pelajar. Tetapi sebelum kejadian itu, Amir telah melakukan sesuatu yang tidak patut, adakah dia punca histeria berlaku di sekolah itu?
Fri, 11 Nov 2022 - 5 - 'Rezeki' Lisa Marina Lihat Annabelle | Cerita Hantu Seram EP5
Aktif dalam aktiviti paranormal, Lisa Marina berani mencabar dirinya memburu makhluk ghaib sehinggakan Lisa menamakan makhluk tersebut dengan panggilan "Noni". Ini kisah pemburuan makhluk mistik Lisa Marina. Semuanya dalam Cerita Hantu Seram minggu ini.
Fri, 04 Nov 2022 - 4 - Amir Alif Diburu Penanggal Sewaktu Bayi | Cerita Hantu Seram EP4
Pernah dikacau oleh penanggal ketika dirinya masih bayi, namun pengalaman Amir Alif dengan benda mistik tidak terhenti begitu sahaja. Sehingga ada satu pengalaman yang memang tak boleh dilupakan apabila dia pindah ke rumah yang sudah ada "penghuni". Semuanya dalam Cerita Hantu Seram minggu ini!
Fri, 28 Oct 2022 - 3 - "Hantaran" Gelap Zazo Maulana | Cerita Hantu Seram EP3
Zazo Maulana berkongsi tentang dirinya yang sebenarnya ada kebolehan melihat makhluk ghaib. Sehinggakan dirinya menjadi seorang yang baran dan cepat melenting. Tapi adakah kebolehan ini adalah satu kurniaan ataupun disebabkan buatan orang? Segalanya dalam Cerita Hantu Seram minggu ini!
Fri, 21 Oct 2022 - 2 - Lembaga Hitam Tumpang Bonceng Motor Kael | Cerita Hantu Seram EP2
Kalau pergi kem sekolah mesti ada sahaja pengalaman seram. Lagi-lagi kalau kem yang berada di sekeliling hutan, itulah yang diceritakan oleh Kael. Tapi bukan satu sahaja pengalaman seram dilaluinya, ada dua lagi kisah yang Kael kongsikan. Salah satunya melibatkan lembaga hitam tumpang bonceng motorsikal Kael di tengah malam. Apakah reaksinya? Segalanya dalam podcast Cerita Hantu Seram.
Fri, 14 Oct 2022 - 1 - Pengembaraan Seram Yang Menghantui Zahier | Cerita Hantu Seram EP1
Zahier mengaku terdapat satu kejadian yang sampai ke harini pengalaman itu tidak dapat dilupakan. Pengalaman bersama rakan-rakannya di sebuah tapak pembangunan yang amat dikenali dengan kisah-kisah seram sehingga hari ini masih lagi menghantuinya. Apa yang berlaku? Ketahui kisah benar Cerita Hantu Seram Zahier dalam episod minggu ini.
Fri, 07 Oct 2022
Podcasts similaires à Cerita Hantu Seram - SYOK Podcast [BM]
- Health Naturally with Denis Stewart 2NURFM
- Aa Gym Official Aa Gym Official
- Al-Quran Al-kareem Al-Quran Al-kareem
- CNN Indonesia CNN Indonesia
- dakwah.me - Ustadz Adi Hidayat dakwahme
- KH ANWAR ZAHID OFFICIAL Dakwah NU
- Dakwah Tauhid Dakwah Tauhid
- Dzulqarnain Muhammad Sunusi Dzulqarnainms
- Ngaji Bareng Gus Baha Gus Baha
- Ps. Juan Mogi Juan Mogi Official
- Kajian Islam Kajian Islam
- Kajian Ustadz Khalid Basalamah Kajian Islam
- K.H. ZAINUDDIN MZ K.H. ZAINUDDIN MZ
- Kumpulan Dakwah Islam Lentera Pagi
- Ludruk Cak Kartolo dkk Ludrukan
- Merry Riana Merry Riana
- Ceramah Fahrudin Faiz Monkey D Lover
- Murottal Qur'an Terjemahan Audio Indonesia Muslim
- Lima Menit Berita Podcast Tempo
- Wayang Kulit Indonesia Raden Ontoseno
- Radio Rodja 756 AM Radio Rodja 756AM
- GUS BAHA sofa bisnis
- Ustad Das'ad Latif Ustad Das'ad Latif
- Misteri Seru Widya Yudha Utama