Filtrer par genre

Financial Faiz

Financial Faiz

Faiz Azmi

Faiz Azmi is the founder of Financial Faiz, a brand that advocates for financial literacy among Malaysians from all walks of life. He has been in the real estate, mortgage, investment and takaful industries in various capacities. As a brand, Financial Faiz is growing rapidly on various social media platforms, including YouTube, TikTok, Instagram, and Twitter

241 - [S04:E04] Apa sebenarnya berlaku pada bil elektrik kita? - Datuk Ir. Kamal Arifin, CReO TNB
0:00 / 0:00
1x
  • 241 - [S04:E04] Apa sebenarnya berlaku pada bil elektrik kita? - Datuk Ir. Kamal Arifin, CReO TNB

    Bil elektrik berubah, AFA pula jadi bualan. Tapi berapa ramai sebenarnya yang faham apa maksud semua ni?
    Kenapa bil sesetengah orang berubah? Ada yang banyak, ada yang sikit je. Apa kaitan harga bahan api dunia dengan bil elektrik kita? Dan macam mana nak tahu sama ada penggunaan elektrik kita dah optimum?
    Podcast Financial Faiz kali ni bersama dengan Datuk Ir. Kamal Arifin A. Rahman, Chief Retail Officer TNB untuk jawab persoalan yang ramai pengguna nak tahu, termasuk cara memahami bil elektrik dan pilihan seperti Time-of-Use (ToU).
    Jom dengar penjelasan daripada pihak TNB sendiri.


    Timestamp:

    (00:00) Intro

    (03:40) Faktor kenaikan penggunaan elektrik

    (06:30) Cuaca panas & kesan terhadap bil elektrik

    (10:00) AFA: Punca kenaikan dan cara ia berfungsi

    (13:30) Rebat & surcaj AFA: Siapa yang menanggung kos?

    (16:30) Kesan penggunaan melebihi 600 kWh

    (18:00) Kenapa bil elektrik naik mendadak?

    (20:00) Perlindungan bil elektrik sehingga 800 kWh

    (22:00) Subsidi AFA: Siapa yang tanggung kos?

    (26:00) Penggunaan elektrik & caj tambahan melebihi 800 kWh

    (28:00) Cara pantau penggunaan elektrik melalui MyTNB

    (30:00) Skim TOU: Cara jimat bil elektrik

    (34:00) Adakah TOU menguntungkan pengguna dan TNB?

    (36:30) Cara kurangkan penggunaan elektrik di rumah

    (38:30) Solar, ATAP & bateri untuk penjimatan elektrik

    (42:00) Penjimatan tenaga untuk pengguna dan negara

    (44:00) Kestabilan bekalan elektrik


    Tue, 03 Nov 2026 - 45min
  • 240 - [S04:E03] Gaji minimum RM2,000, cukup ke untuk rakyat Malaysia? - Datuk Seri Amir Hamzah

    Belanjawan 2027 memperuntukkan sebanyak RM459.8 bilion, dengan pelbagai inisiatif yang bakal memberi kesan kepada kehidupan rakyat dan perkembangan ekonomi negara. Namun, sejauh mana peruntukan ini mampu menangani isu gaji minimum RM2,000, kos sara hidup dan tekanan kewangan yang dihadapi golongan M40?


    Selain itu, perbincangan turut menyentuh isu kecukupan simpanan KWSP untuk persaraan, peningkatan kes penipuan kewangan yang menyasarkan pesara serta usaha kerajaan mengurangkan defisit fiskal negara. Tidak ketinggalan, peranan bantuan STR dan SARA serta sokongan pembiayaan kepada PMKS dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa.Tidak dilupakan juga usaha kerajaan untuk memperkasa PMKS dan memastikan bantuan serta kemudahan pembiayaan sampai kepada golongan sasaran.


    Podcast Financial Faiz kali ini bersama YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan 2, untuk membincangkan persoalan berkaitan cukai pendapatan, perbandingan SST dan GST serta perbelanjaan subsidi kerajaan yang mencecah RM80 bilion.


    Timestamp:

    (00:00) Isu gaji minimum & Belanjawan 2027
    (04:31) Kenaikan gaji minimum & pengecualian PMKS
    (12:12) Peluang pekerjaan & perkembangan industri tempatan
    (21:04) Automasi vs pekerja asing
    (27:04) Kenaikan gaji & kesan inflasi
    (33:12) Pengurangan cukai untuk golongan M40
    (42:10) Keadilan cukai & manfaat kepada rakyat
    (44:00) GST vs SST: Perlukah GST diperkenalkan semula?
    (49:00) Subsidi kerajaan: RM80 bilion untuk rakyat
    (55:07) Subsidi vs pembangunan negara
    (59:54) Defisit fiskal & hutang kerajaan
    (1:10:08) Pelaburan GLIC untuk pembangunan negara
    (1:14:56) Persediaan persaraan & simpanan KWSP
    (1:20:17) Malaysia menuju negara menua
    (1:25:01) Siapa akan menjaga warga emas?
    (1:29:53) Pengurangan cukai untuk PMKS

    Sun, 01 Nov 2026 - 1h 33min
  • 239 - [S04:E02] Urus harta ikut Islam: Apa yang ramai terlepas pandang? - Mufti Selangor, CEO ASNB

    Mengurus harta bukan sekadar tentang berapa banyak yang kita mampu kumpul, tetapi juga bagaimana kita menjaga, melindungi dan mengagihkannya mengikut tuntutan Islam.
    Inisiatif Solusi Kewangan Islam ASNB merangkumi pelbagai aspek pengurusan harta, daripada pembayaran zakat dan perlindungan kewangan keluarga hinggalah kepada perancangan pewarisan harta. Kini, ASNB turut memudahkan pelabur Muslim menunaikan zakat melalui pengenalan Kelas B, yang membolehkan urusan pembayaran zakat diuruskan oleh ASNB.
    Podcast Financial Faiz kali ini mengupas bagaimana pelabur boleh memahami pelaksanaan zakat ini serta peranan zakat dalam perancangan kewangan Islam bersama dengan Mufti Selangor, Sahibus Samahah Prof Dato' Dr. Anhar Opir dan Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Eksekutif ASNB, Encik Fadzihan Abbas.


    Timestamp:

    (00:00) Intro

    (03:58) Zakat ASNB

    (09:56) Kelas A vs Kelas B

    (12:00) Zakat al-Mustaghallat

    (18:01) Nisab, haul & bayaran zakat

    (24:01) Pelepasan cukai zakat

    (27:01) Kepentingan zakat

    (38:59) Pelaburan & perancangan kewangan

    (43:01) ASNB COVR & Hibah Amanah

    (47:57) Pengurusan harta waris

    (54:00) Hibah vs harta pusaka

    (57:02) Wakaf

    (59:02) Proses Hibah Amanah

    (01:02:05) Hukum hibah & pembahagian harta

    (01:07:57) Kempen ASNB

    (01:12:01) Pelaburan jangka panjang

    (01:12:59) Nasihat kewangan

    Wed, 28 Oct 2026 - 1h 16min
  • 238 - Hutang RM18.4 bilion, AirAsia naikkan harga tiket penerbangan?

    Sign up dan buka akaun di sini:
    https://start.moomoo.com/0Bvkxu
    Sebelum buat first deposit, search “Special Deposit” dekat search button, kemudian masukkan kod FF77 dekat deposit page.
    Untuk deposit minimum RM1,000, korang dah boleh unlock ganjaran bernilai sehingga RM150.
    💰 Deposit RM1,000+ → RM100 Cash Coupon + RM50 Apple Shares
    💰 Deposit RM3,000+ → RM100 Cash Coupon + RM100 Apple Shares + RM50 Apple Shares
    💰 Deposit RM10,000+ → RM100 Cash Coupon + RM400 Apple Shares + RM100 Apple Shares
    💎 Deposit RM40,000+ → RM100 Cash Coupon + RM1,400 Apple Shares + RM100 Apple Shares
    Lagi tinggi deposit, lagi besar reward yang korang boleh unlock. Pastikan daftar melalui link di atas dan masukkan kod FF77 sebelum first deposit.
    Tertakluk kepada terma dan syarat.
    Saham AirAsia jatuh lebih 80%, daripada RM2.33 kini tinggal sekitar 45 sen seunit. Dalam masa yang sama, syarikat ini berdepan liabiliti RM18.4 bilion, sedangkan rizab tunainya hanya RM954 juta.
    Jadi, apa sebenarnya yang sedang berlaku kepada AirAsia? Adakah kenaikan harga minyak, kelemahan Ringgit dan strategi pengurusan pesawat antara punca yang menjejaskan kedudukan kewangan mereka?
    Dalam video kali ini, kita bongkar tiga isu utama yang sedang menghimpit AirAsia, daripada keputusan untuk tidak lagi membuat hedging harga minyak, penjualan enam pesawat baharu tanpa leaseback, sehinggalah kepada persoalan mampukah AirAsia menyelesaikan masalah kewangan mereka tanpa bantuan kerajaan.


    Timestamp:

    (00:00) Intro
    (00:55) Iklan
    (01:54) Masalah 'hedging' minyak
    (03:27) Hutang yang berlipat kali ganda
    (05:53) Jual pesawat tanpa leaseback
    (07:08) Boleh ke Airasia bertahan?
    (08:37) Penutup

    Tue, 27 Oct 2026 - 09min
  • 237 - Tiket flight murah, macam mana airline buat UNTUNG?

    Video ini disponsor oleh Wise. Untuk register, korang akan dapat free transfer bernilai RM2,500 apabila sign up menggunakan link di bawah.


    👉🏻 https://wi.se/financialfaiz-oct2026


    Pernah tak korang tengok harga tiket flight murah, tapi bila nak checkout tiba-tiba harga dah naik? Kenapa benda ni berlaku?


    Sebenarnya, industri penerbangan mempunyai pelbagai strategi untuk menjana pendapatan. Daripada caj bagasi, pemilihan tempat duduk dan makanan atas kapal terbang, sehinggalah kepada tiket Business Class dan program kesetiaan.


    Dalam video kali ini, kita bongkar macam mana syarikat airline buat duit, kenapa harga tiket boleh berubah dan apa beza model bisnes Low-Cost Carrier seperti AirAsia dengan Full-Service Carrier seperti Malaysia Airlines.


    Tonton sampai habis supaya korang boleh buat pilihan yang lebih bijak bila nak tempah tiket flight!


    Timestamp:

    (00:00) Intro(00:55) Iklan(01:11) Perbezaan terminal 1 dan terminal 2(03:10) Low-Cost Carrier yang tiba-tiba mahal(05:01) Rahsia airline kaut untung(06:14) Full-Service Carrier(08:02) Macam mana airline tentukan Harga tiket?(10:25) Iklan(12:13) Penutup

    Mon, 26 Oct 2026 - 13min
Afficher plus d'épisodes