Filtrar por género

Borak Borak Botak  - SYOK Podcast [BM]

Borak Borak Botak - SYOK Podcast [BM]

SYOK Podcast

Borak Borak bersama Abang Botak tentang isu semasa bola sepak tempatan dan antarabangsa.

24 - Hanya satu 'Don Carlo' | Borak Borak Botak | Ep24
0:00 / 0:00
1x
  • 24 - Hanya satu 'Don Carlo' | Borak Borak Botak | Ep24

    Selamat datang ke episod 24 Borak Borak Botak ! Minggu ini bersama hos, Abang Botak dan tetamu, Jimmy & Keesh 'Matstats', membincangkan tentang kejayaan Real Madrid yang mencengkam gelaran LaLiga buat kali ke-36 dalam sejarah mereka selain peranan Carlo Ancelotti dan pemain-pemain seperti Luka Modric & Jude Bellingham dalam mencipta sejarah musim ini. Selain itu, fokus juga pada Marco Reus yang bakal tinggalkan Borussia Dortmund hujung musim ini selepas 12 tahun berkhidmat di kelab tersebut, dan misi terakhir Reus di UCL final nanti untuk menghadiahkan piala keramat tersebut buat kelab kesayangannya. Minggu ini juga kita bincangkan tentang David Raya yang dinobatkan penjaga gol terbaik EPL musim ini selain peranannya dalam mengejar kejayaan di Arsenal musim ini. Isu Erik Ten Hag dan masa depan pengurus tersebut juga menjadi antara topik hangat minggu ini, peminat Man Utd nak #TenHagIn atau #TenHagOut? Saksikan Borak-Borak Botak Musim Ke-4 pada setiap hari Jumaat, bermula 9 malam secara langsung hanya di Astro Arena 2 saluran 802

    Sat, 11 May 2024
  • 23 - Vinicius Junior atau Neymar Junior? | Borak Borak Botak | Ep23

    Selamat datang ke episod 23 Borak Borak Botak ! Minggu ini bersama hos, Abang Botak dan tetamu, Fareed Rozaini & BroHanz, membincangkan tentang saingan separuh akhir UEFA Champions League diantara Bayern Munich & Real Madrid dimana analisis perlawanan membuka ruang untuk membincangkan silap pertahanan kelab jerman itu, Kim Min Jae, selain persembahan 'Worldclass' dari Toni Kroos & Vini Jr yang memberi harapan buat Real Madrid di Santiago Bernabeu nanti. Selain itu, fokus juga pada perlawanan Borussia Dortmund & PSG dimana persembahan mencipta sejarah oleh Jadon Sancho menimbulkan tanda tanya tentang masa depan pemain tersebut di Manchester United. Minggu ini juga memberi tumpuan pada Thiago Silva yang baru mengumumkan bahawa beliau bakal tinggalkan Chelsea pada hujung musim nanti. Apa seterusnya buat pemain pertahanan veteran itu? Dan tentunya perlawanan tumpuan pada hujung minggu ini, Liverpool berdepan Tottenham di Anfield! Drama dalaman Liverpool bakal memberi harapan buat Tottenham yang mengejar kedudukan 4 terbaik? Dan siapa Arne Slot yang bakal mengetuai Liverpool pada musim hadapan? Saksikan Borak-Borak Botak Musim Ke-4 pada setiap hari Jumaat, bermula 9 malam secara langsung hanya di Astro Arena 2 saluran 802

    Sat, 04 May 2024
  • 22 - Alasan penat lagi? | Borak Borak Botak | Ep22

    Selamat datang ke episod 22 Borak Borak Botak ! Minggu ini bersama hos, Abang Botak dan tetamu, Faiz Gurun & Akem Aiman, membincangkan tentang kisah disebalik kejayaan Inter Milan bersama Simone Inzaghi yang menghadiahkan gelaran Serie A yang ke-20 dalam sejarah kelab Itali itu. Minggu ini juga, BBB kupas isu alasan penat oleh Pep Guardiola tentang jadual perlawanan yang padat untuk Man City. Salah jadual atau salah Pep? BBB turut memberi penghargaan pada Olivier Giroud yang sah bakal meninggalkan kariernya di Eropah untuk bermain di MLS musim hadapan dan juga jangan terlepas perbincangan hangat tentang Liverpool yang 'bottle' the league, selain Arsenal yang berbaki 4 perlawanan dan perlukan 12 mata maksimum untuk kekalkan tekanan pada juara, Man City. Saksikan Borak-Borak Botak Musim Ke-4 pada setiap hari Jumaat, bermula 9 malam secara langsung hanya di Astro Arena 2 saluran 802

    Sat, 27 Apr 2024
  • 21 - 'Bola sepak sebenar' Bayer Leverkusen | Borak Borak Botak | Ep21

    Selamat datang ke episod 21 Borak Borak Botak ! Minggu ini bersama hos, Abang Botak dan tetamu, Wan Khairil Azwa & Aiman Sekaiichi, membincangkan tentang kejayaan Bayer Leverkusen musim ini dibawah kendalian Xabi Alonso, serta faktor-faktor & peranan pemain-pemain utama yang menghadiahkan Piala Bundesliga pertama buat kelab tersebut selain misi mengejar 'Treble' musim ini. Selain itu, rumusan juga tentang peringkat suku akhir UEFA Champions League, UEFA Europa League & UEFA Conference League dan nasib kelab-kelab seperti Manchester City, Arsenal & Liverpool, selain ramalan untuk pusingan separuh akhir nanti. Saksikan Borak-Borak Botak Musim Ke-4 pada setiap hari Jumaat, bermula 9 malam secara langsung hanya di Astro Arena 2 saluran 802

    Sat, 20 Apr 2024
  • 20 - Borak Borak Botak: Edisi Raya 2024 | Ep20

    Selamat datang ke episod 20 Borak Borak Botak ! Minggu ini dalam episod khas Edisi Raya 2024 bersama hos, Abang Botak dan tetamu-tetamu yang juga penyampai radio Sinar, Falyq Hikyle & Haiqal Hairuddin, membincangkan tentang bola sepak, suka & duka Raya dan menyambut Hari Raya 2024 ini dari lokasi khas, Tingkap Cafe, Petaling Jaya. Saksikan Borak-Borak Botak Musim Ke-4 pada setiap hari Jumaat, bermula 9 malam secara langsung hanya di Astro Arena 2 saluran 802

    Sat, 13 Apr 2024
Mostrar más episodios