Filtrar por género

Sinar Harian

Sinar Harian

sinarharian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik. Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

2988 - Adab masuk ke Raudah, jemaah perlu solat dan berdoa
0:00 / 0:00
1x
  • 2988 - Adab masuk ke Raudah, jemaah perlu solat dan berdoa

    Adab masuk ke Raudah, jemaah perlu solat dan berdoa BERITA SEMASA 9 MEI 2024 Jemaah haji perlu menjaga adab sekiranya diberi peluang untuk memasuki Raudah dengan perlu mengutamakan solat sunat serta berdoa berbanding terus mengambil gambar. Pengurus Ibadat Madinah, Muhammad Fakhrur Ridzwan Othman berkata, jemaah perlu dirikan solat terlebih dahulu seperti solat sunat tahiyatul masjid, solat sunat taubat dan sebagainya. Menurutnya, jemaah juga perlu berdoa sebanyak yang mungkin selama mana berada di kawasan Raudah yang merupakan tempat mustajab berdoa. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/663726/berita/nasional/adab-masuk-ke-raudah-jemaah-perlu-solat-dan-berdoa Muzik: Muzik: Elevate dari www.bensound.com #SinarHarian #BeritaSemasa #ArabSaudi #Haji #Raudah

    Thu, 09 May 2024 - 02min
  • 2987 - Piala Sumbangsih: Selangor FC tarik diri, JDT dapat tiga mata

    Piala Sumbangsih: Selangor FC tarik diri, JDT dapat tiga mata BERITA SEMASA 9 MEI 2024  Liga Bolasepak Malaysia (MFL) pada Khamis memutuskan bahawa perlawanan Sumbangsih bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah di Stadium Sultan Ibrahim pada Jumaat dibatalkan. Pembatalan tersebut selepas Selangor FC membuat keputusan untuk tidak hadir ke perlawanan tersebut bagi menentang juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT). MFL menerusi satu kenyataan memaklumkan keputusan Selangor FC itu dimaklumkan menerusi surat rasmi yang dihantar kepada MFL. Jelasnya, penarikan diri Selangor FC sekali gus menyaksikan JDT bakal diberikan kemenangan ‘walkover’ dengan jaringan 3-0 dan mendapat tiga mata bagi perlawanan Liga Super. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/663824/berita/sukan/selangor-fc-tarik-diri-jdt-dapat-tiga-mata Muzik: Muzik: Elevate dari www.bensound.com #SinarHarian #BeritaSemasa #Selangor #FaisalHalim #SultanSelangor #SelangorFC #MFL #PialaSumbangsih

    Thu, 09 May 2024 - 01min
  • 2986 - Manifesto PN hasil keluhan rakyat, bukan 'ciplak' PH - Khairul Azhari

    BERITA SEMASA 9 MEI 2024 Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut menafikan dakwaan ‘menciplak’ manifesto calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao. Pemangku Ketua Bersatu Hulu Selangor itu menegaskan, manifesto yang dilancarkan Isnin lalu itu adalah hasil keluhan daripada pelbagai pihak di Kuala Kubu Baharu yang mahukan perubahan di kawasan tersebut. Artikel:https://www.sinarharian.com.my/article/663761/Manifesto-PN-hasil-keluhan-rakyat,-bukan-&%23039;ciplak&%23039;-PH---Khairul-Azhari Muzik: Elevate dari www.bensound.com #SinarHarian #BeritaSemasa #PN #PH #KhairulAzhari

    Thu, 09 May 2024 - 00min
  • 2985 - Surat kepada 7 wakil rakyat Bersatu dihantar minggu depan

    BERITA SEMASA 9 MEI 2024 Surat berkaitan status keahlian enam Ahli Parlimen dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang menyokong Perdana Menteri dan Menteri Besar Selangor akan dihantar kepada mereka minggu depan, lapor wartawan Sinar Harian, Diana Azis. Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, notis tersebut akan dihantar serentak kepada semua wakil rakyat terlibat sejurus Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu selesai. Ketua Pembangkang itu turut menegaskan, kepimpinan parti jelas dengan keputusan untuk menghentikan keahlian Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman yang menjadi antara wakil rakyat terawal menyokong pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/663753/berita/politik/surat-kepada-7-wakil-rakyat-bersatu-dihantar-minggu-depan Muzik: Elevate dari www.bensound.com #SinarHarian #BeritaSemasa #PRKKKB #Bersatu #PN

    Thu, 09 May 2024 - 01min
  • 2984 - Lapan lelaki mengaku masuk hutan tanpa permit

    BERITA SEMASA 9 MEI 2024  Lapan lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar pada Khamis selepas didakwa memasuki hutan simpan kekal tanpa permit, dua bulan lalu. Tertuduh, Mohamad Shukri Abd Latif, 48; Jamil Chew Abdullah, 55; Che Mohd Rabillah Che Hassan, 36; Mohd Fadzli Abd Latif, 44; Fahmie Adiran Azmi, 35; Muhammad Rezwan Harun, 41; Mohd Anuar Md Jusoh, 50 dan Azrul Hafizi Abdullah, 41, masing-masing didakwa atas satu pertuduhan. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/663784/berita/semasa/lapan-lelaki-mengaku-masuk-hutan-tanpa-permit Muzik: Elevate dari www.bensound.com #SinarHarian #BeritaSemasa #permit #hutansimpan

    Thu, 09 May 2024 - 01min
Mostrar más episodios