Filtrar por gênero

Sinar Harian

Sinar Harian

sinarharian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik. Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

3013 - Yakin kempen PRK KKB ikut undang-undang - Sock Tao
0:00 / 0:00
1x
  • 3013 - Yakin kempen PRK KKB ikut undang-undang - Sock Tao

    Yakin kempen PRK KKB ikut undang-undang - Sock Tao BERITA SEMASA 12 MEI 2024 Pang Sock Tao yakin kempen dijalankan Pakatan Harapan (PH) sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu mengikut undang-undang,  lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar. Bagaimanapun, Sock Tao berkata, pembangkang berhak mengemukakan petisyen pilihan raya jika terdapat bukti terhadap dakwaan tersebut. Jelansya, pembangkang atau sebarang parti ada hak untuk memfailkan petisyen tapi beliau yakin kempen 14 hari yang dijalankan mengikut peruntukan undang-undang dan berhemah. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/664341/berita/politik/yakin-kempen-prk-kkb-ikut-undang-undang---sock-tao Muzik: Elevate dari www.bensound.com #BeritaSemasa #SinarHarian #KualaKubuBaharu #AdunKualaKubuBaharu #PRK #PRK KKB

    Sun, 12 May 2024 - 00min
  • 3012 - Anwar ingatkan ahli PKR tak alpa dengan kuasa

    Anwar ingatkan ahli PKR tak alpa dengan kuasa BERITA SEMASA 12 MEI 2024 Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua ahli parti terutama generasi muda supaya menghayati perjuangan parti dan tidak alpa dengan ‘kuasa’ yang dimiliki apabila menjadi pemerintah. Beliau berkata bakat pemimpin muda perlu digilap dan bersedia untuk meneruskan perjuangan PKR kerana ramai individu yang mengasaskan parti itu termasuk Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta rakan-rakannya semakin berusia dan ada antara mereka sudah uzur. Anwar berkata generasi muda tidak harus melupakan dasar perjuangan parti selama 25 tahun sejak penubuhan PKR. https://www.sinarharian.com.my/article/664281/berita/politik/25-tahun-pkr-jangan-alpa-dengan-kuasa-dimiliki-kata-anwar Muzik: Elevate dari www.bensound.com #SinarHarian #BeritaSemasa #PKR #PMX

    Sun, 12 May 2024 - 01min
  • 3011 - Fokus pertama cari rumah, tinggal di Kuala Kubu Baharu - Sock Tao

    Fokus pertama cari rumah, tinggal di Kuala Kubu Baharu - Sock Tao BERITA SEMASA 12 MEI 2024 Pang Sock Tao mengedar bunga sebagai penghargaan kepada pengundi yang mengangkatnya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Baharu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar. Sock Tao tiba di Pekan Rasa jam 9 pagi mengedar bunga kepada pengunjung pasar berkenaan termasuk kaum wanita sempena sambutan Hari Ibu. Beliau yang ditemui memaklumkan fokus utamanya selepas menang PRK Kuala Kubu Baharu ialah mencari tempat tinggal di kawasan itu bagi memudahkannya memberi tumpuan perkhidmatan kepada rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/664332/berita/politik/fokus-pertama-cari-rumah-tinggal-di-kuala-kubu-baharu---sock-tao Muzik: Elevate dari www.bensound.com #BeritaSemasa #SinarHarian #KualaKubuBaharu #AdunKualaKubuBaharu

    Sun, 12 May 2024 - 01min
  • 3010 - Pengundi luar tidak pulang punca PN kalah PRK KKB - Ahmad Faizal

    BERITA SEMASA 11 MEI 2024 Perikatan Nasional (PN) tidak menolak kemungkinan faktor pekerja luar yang tidak pulang mengundi menyebabkan parti itu kalah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu pada Sabtu. Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, analisis awal peratusan pengundi luar yang balik mengundi pada PRK Kuala Kubu Baharu didapati rendah. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/664283/berita/politik/pengundi-luar-tidak-pulang-punca-pn-kalah-prk-kkb---ahmad-faizal Muzik: Elevate dari www.bensound.com #SinarHarian #SinarTerkini #PRKKualaKubuBaharu #Politik #PRK

    Sat, 11 May 2024 - 00min
  • 3009 - Askar, polis undi calon PH - Bekas MP Kangar

    BERITA SEMASA 11 MEI 2024 Bekas Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad mendakwa undi awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu memihak kepada calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao dengan 592 undi. Noor Amin menerusi X memberitahu, calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut memperoleh 156 undi, manakala calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hafizah Zainuddin dan calon Bebas, Nyau Ke Xin masing-masing memperoleh satu undi setakat jam 5 petang tadi. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/664250/berita/politik/askar-polis-undi-calon-ph---bekas-mp-kangar Muzik: Elevate dari www.bensound.com #SinarHarian #BeritaSemasa #PRKKKB #kualakububaharu

    Sat, 11 May 2024 - 01min
Mostrar mais episódios