Podcasts by Category

Sinar Harian

Sinar Harian

sinarharian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik. Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

2908 - Empat disambung reman bantu siasatan bayi maut disyaki didera
0:00 / 0:00
1x
  • 2908 - Empat disambung reman bantu siasatan bayi maut disyaki didera

    BERITA SEMASA 1 MEI 2024 Pasangan suami isteri bersama dua lagi wanita disambung reman empat hari sehingga Ahad ini susulan kematian seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan dipercayai akibat didera, Jumaat lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini. Perintah tahanan reman kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 29 hingga 42 tahun itu yang ditahan di beberapa lokasi sekitar bandar raya ini Khamis lalu dibenarkan oleh Majistret Suhaila Shafi'uddin. Sebelum ini, kesemua suspek direman selama enam hari bermula Jumaat hingga Rabu. Difahamkan, pasangan suami isteri yang juga pengasuh kepada kanak-kanak berkenaan diwakili peguam, Mohd Daud Ismail dan Alina Wong manakala kedua-dua wanita terbabit tidak diwakili peguam. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662294/berita/semasa/empat-disambung-reman-bantu-siasatan-bayi-maut-disyaki-didera Muzik: Elevate dari www.bensound.com #SinarHarian #BeritaSemasa #DeraBayi #Johor

    Wed, 01 May 2024 - 00min
  • 2907 - Isu MB Perlis: Tidak jejas kempen, peluang PN rampas KKB

    BERITA SEMASA 1 MEI 2024 Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang merakam keterangan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli tidak melunturkan semangat Perikatan Nasional (PN) untuk merampas Kuala Kubu Baharu (KKB) pada pilihan raya kecil (PRK), minggu depan, lapor wartawan Sinar Harian, Diana Azis. Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali malah menegaskan, isu tersebut tidak sesekali memberi kesan atau menjejaskan gerak kerja kempen gabungan itu untuk memenangkan calonnya, Khairul Azhari Saut. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662273/berita/politik/isu-mb-perlis-tidak-jejas-kempen-peluang-pn-rampas-kkb Muzik: Elevate dari www.bensound.com #SinarHarian #BeritaSemasa #PRKKualaKubuBaharu #KKB #IsuMBPerlis

    Wed, 01 May 2024 - 00min
  • 2906 - Rasuah RM3.3 juta: CEO syarikat pembekalan air, pemilik syarikat direman 3 hari

    BERITA SEMASA 1 MEI 2024 Ketua pegawai eksekutif syarikat pembekalan air dan seorang pemilik syarikat dipercayai menerima rasuah dan tuntutan palsu RM3.3 juta, direman tiga hari bermula hari ini, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini. Perintah tahanan reman itu dibenarkan oleh Majistret Nurmadiana Mamat. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662290/berita/semasa/rasuah-rm33-juta-ceo-syarikat-pembekalan-air-pemilik-syarikat-direman-3-hari Muzik: Elevate dari www.bensound.com #SinarHarian #BeritaSemasa #Rasuah #Johor #SPRM #PemilikSyarikat #Direman

    Wed, 01 May 2024 - 00min
  • 2905 - Penumpang teruja terminal baharu LTSIP dibuka hari ini

    BERITA SEMASA 1 MEI 2024 Rata-rata penumpang teruja menggunakan kemudahan di terminal baharu fasa 1 Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) yang mula beroperasi pada Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin. Tinjauan Sinar Harian mendapati, wajah baharu LTSIP itu membuatkan ramai teruja sehingga ada yang mengeluarkan telefon pintar masing-masing untuk merakamkan detik-detik terindah. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662280/edisi/kelantan/penumpang-teruja-terminal-baharu-ltsip-dibuka-hari-ini Muzik: Elevate dari www.bensound.com #SinarHarian #BeritaSemasa #LTSIP #Kelantan

    Wed, 01 May 2024 - 03min
  • 2904 - [WACANA SINAR] Apa khabar, Kuala Kubu Baharu?

    Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon-calon dari Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Bebas. Walaupun bergelar penyandang kerusi tersebut sejak beberapa pilihan raya lalu, DAP yang mewakili PH dan Kerajaan Perpaduan dilihat berdepan saingan sengit bagi mengekalkan penguasaan mereka di sana. Siapakah bakal muncul pemenang 11 Mei nanti? Adakah pengundi Kuala Kubu Baharu akan setia dengan DAP atau PN ada peluang seimbang merampas kerusi tersebut?

    Tue, 30 Apr 2024 - 1h 10min
Show More Episodes