Filtra per genere

Sinar Harian

Sinar Harian

sinarharian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik. Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

2935 - Tapak pelupusan sampah terbakar, diselubungi asap tebal
0:00 / 0:00
1x
  • 2935 - Tapak pelupusan sampah terbakar, diselubungi asap tebal

    BERITA SEMASA 4 MEI 2024 Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim. Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal. Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut. Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal #SinarHarian #beritasemasa #pelupusansampahterbakar #kualaterengganu

    Sat, 04 May 2024 - 01min
  • 2934 - Saksi nampak serpihan pesawat sebelum temui mangsa

    BERITA SEMASA 4 MEI 2024 Pesawat ringan yang terhempas di sebuah ladang dekat Felda Gunung Besout 2, Sungkai pada Sabtu dilaporkan sedang menjalani latihan penerbangan. Pesawat CESSNA 172 Skyhawk dengan pendaftaran 9M-ADA dinaiki dua individu itu berlepas dari LTSAS Ipoh ke Tanjung Karang, Selangor bagi tujuan latihan. Seorang saksi kejadian menyatakan dia melihat  serpihan pesawat sebelum temui mangsa di kawasan ladang berkenaan. Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1 Muzik: Elevate dari www.bensound.com #SinarHarian #beritasemasa #pesawatringanterhempasdifeldagunungbesout #Sungkai

    Sat, 04 May 2024 - 00min
  • 2933 - Peniaga kongsi rezeki jual siakap 70 sen seekor

    BERITA SEMASA 4 MEI 2024 Peniaga hasil laut di Kampung Batu Hampar dekat Manir di sini berkongsi rezeki bersama pelanggan dengan menjual sebanyak 4,000 ikan siakap pada harga 70 sen setiap seekor, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim Sabran Muzaffar Semlee, 28, berkata, jualan murah itu dilakukan bagi membantu golongan kurang berkemampuan untuk sama-sama menikmati sumber protein tersebut. Menurutnya, gerai jualan itu mula diserbu seawal jam 6.30 pagi oleh pelanggan yang ingin mendapatkan harga yang ditawarkan RM2 bagi tiga ekor ikan. Sabran Muzaffar berkata, jualan tersebut akan diteruskan pada masa akan datang sekiranya sambutan diterima memberangsangkan. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662802/Peniaga-kongsi-rezeki-jual-siakap-70-sen-seekor #SinarHarian #beritasemasa #siakap70sen #kualaterengganu

    Sat, 04 May 2024 - 03min
  • 2932 - PRK KKB: UMNO gerak jentera dari empat negeri bantu kempen

    BERITA SEMASA 4 MEI 2024 Empat negeri yang diterajui UMNO akan menggerakkan jentera bahagian dari seluruh negeri bagi membantu kempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, jentera bahagian dari Melaka, Johor, Pahang dan Perak akan digerakkan segera. Ahmad yang juga Ketua Sekretariat War Room UMNO Pusat menjelaskan, penghantaran jentera dari empat negeri itu membuktikan komitmen penuh untuk membantu calon Pakatan Harapan (PH) yang mewakili Kerajaan Perpaduan. Jelasnya, setiap negeri akan menjaga dua kawasan pusat daerah mengundi (PDM) dan kemungkinan jumlah diperlukan seramai 10 orang bagi satu PDM. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662818/berita/politik/prk-kkb-umno-gerak-jentera-dari-empat-negeri-bantu-kempen #SinarHarian #SinarLive #PRKKKB #jenteraUMNO #pilihanrayakecil

    Sat, 04 May 2024 - 01min
  • 2931 - PRK KKB: Bersatu nafi 'jauhkan' calon daripada pengamal media

    BERITA SEMASA 4 MEI 2024 Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak 'menjauhkan' Khairul Azhari Saut dari pihak media sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, lapor wartawan Sinar Harian, Diana Azis. Sebaliknya Pengerusi Bersatu Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjelaskan, calon Perikatan Nasional (PN) itu perlu memberi tumpuan kepada aktiviti kempen dan bertemu seramai mungkin pengundi di lapangan. Terdahulu beberapa pengamal media dijadualkan akan mengadakan sesi wawancara secara eksklusif antara calon dan agensi terlibat sejak Khamis, namun kesemuanya dibatalkan serentak. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662787/PRK-KKB:-Bersatu-nafi-&%23039;jauhkan&%23039;-calon-daripada-pengamal-media #SinarHarian #BeritaSemasa #PRKKKB #calonpntumpukempendilapangan #pilihanrayakecil #calonPN

    Sat, 04 May 2024 - 01min
Mostra altri episodi