Filtrer par genre

Sinar Harian

Sinar Harian

sinarharian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik. Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

2881 - Video tular tangki air kotor bukan berlaku di Sabah - Shahelmey
0:00 / 0:00
1x
  • 2881 - Video tular tangki air kotor bukan berlaku di Sabah - Shahelmey

    BERITA SEMASA 27 APRIL 2024 Berlaku kelemahan dalam kerja penyelenggaran antara punca tangki simpanan air kotor dan tercemar seperti video yang tular di media sosial baru-baru ini, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin. Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, walaupun video yang tular itu bukan berlaku di negeri ini tetapi ia perlu diambil perhatian oleh pihak berkaitan termasuk Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dan pihak pengurusan kawasan perumahan. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/661647/edisi/sabah-sarawak/video-tular-tangki-air-kotor-bukan-berlaku-di-sabah---shahelmey Muzik: Elevate dari www.bensound.com #SinarHarian #BeritaSemasa #Sabah #ViralTangkiAirKotor

    Sat, 27 Apr 2024 - 01min
  • 2880 - [INTERVIU] Kuala Kubu Baharu milik siapa?

    Pilihan Raya Kecil (PRK) N06 Kuala Kubu Bharu melibatkan calon PH dan PN dijangkakan sengit walaupun secara tradisinya ia dimenangi DAP sejak beberapa pilihan raya lalu. Beberapa perkembangan semasa khususnya ‘trend’ pengundian orang Melayu sejak PRU15 lalu dilihat jadi faktor penting yang bakal mempengaruhi keputusan PRK ini. Siapakah bakal bergelar pemenang pada 11 Mei nanti? Mampukah DAP mengekalkan dominasi di sana? Atau ada peluang bagi PN merampas kerusi tersebut?

    Sat, 27 Apr 2024 - 48min
  • 2879 - Isu akademik: Khairul Azhari tak mahu komen, fokus pilihan raya

    BERITA SEMASA 27 APRIL 2024 Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut enggan mengulas kontroversi melibatkan kelayakan akademiknya yang tular di media sosial, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Diana Azis. Beliau didakwa mempunyai ijazah dalam bidang pengurusan perniagaan tanpa dianugerahkan ijazah sarjana muda. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/661618/berita/politik/isu-akademik-khairul-azhari-tak-mahu-komen-fokus-pilihan-raya Muzik: Elevate dari www.bensound.com #SinarHarian #BeritaSemasa #SPR #PRK #KualaKubuBharu #prkkualakububaharu #CalonPN

    Sat, 27 Apr 2024 - 01min
  • 2878 - PRK KKB masa untuk BN balas jasa PH - Ahmad Zahid

    BERITA SEMASA 27 APRIL 2024 Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) adalah waktu untuk Barisan Nasional (BN) membalas jasa Pakatan Harapan (PH) yang telah membantu calon UMNO pada beberapa siri pilihan raya sebelum ini. Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, PKR, Amanah dan DAP, telah mendukung dan memberi sokongan kepada calon UMNO pada siri PRK DUN Tioman, DUN Pelangai dan Parlimen Kemaman. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, justeru itu, BN akan menggerakkan jenteranya untuk membantu calon PH yang mendukung Kerajaan Perpaduan. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/661611/berita/politik/prk-kkb-masa-untuk-bn-balas-jasa-ph---ahmad-zahid Muzik: Elevate dari www.bensound.com #SinarHarian #BeritaSemasa #SPR #PRK #KualaKubuBharu #prkkualakububaharu #ZahidHamidi

    Sat, 27 Apr 2024 - 03min
  • 2877 - Rakyat terbeban dengan banyak masalah kos sara hidup - Muhyiddin

    BERITA SEMASA 27 APRIL 2024 Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin meluahkan kebimbangan dengan situasi ekonomi negara yang kian meruncing dan masalah kos sara hidup dibebani rakyat yang berlarutan. Menurutnya, jika perkara itu berterusan, ekonomi negara akan berdepan masa yang sukar dan memberi kesan kepada rakyat. Tambahnya lagi, beliau berharap kemenangan buat calon PN di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu bagi menguatkan lagi suara pembangkang di DUN Selangor. Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1 Muzik: Elevate dari www.bensound.com #SinarHarian #BeritaSemasa #SPR #PRK #KualaKubuBharu #prkkualakububaharu #MuhyiddinYassin

    Sat, 27 Apr 2024 - 02min
Afficher plus d'épisodes