Filtra per genere

Sinar Harian

Sinar Harian

sinarharian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik. Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

2886 - Polis rampas RM2.3 juta dadah, tahan 11 penjawat awam
0:00 / 0:00
1x
  • 2886 - Polis rampas RM2.3 juta dadah, tahan 11 penjawat awam

    BERITA SEMASA 28 APRIL 2024 Polis Johor merampas dadah bernilai lebih RM2.3 juta dalam dua serbuan berasingan di sekitar kawasan Johor Bahru Selatan, Rabu lalu, lapor wartawan Sinar Harian Shahrizal Ahmad Zaini. Menurut Ketua Polis Johor, Komisioner M.Kumar, dalam serbuan tersebut, seorang lelaki warga tempatan berusia dalam lingkungan 35 tahun telah ditahan bersama sejumlah rampasan dadah. Sementara itu, seramai 11 penjawat awam merupakan sebahagian daripada 49 individu yang ditahan di sebuah premis hiburan di Batu Pahat, pada awal pagi Ahad. Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1 Muzik: Elevate dari www.bensound.com #SinarHarian #BeritaSemasa #polisrampasdadatahan11penjawatawam

    Sun, 28 Apr 2024 - 02min
  • 2885 - PRK KKB: PN mahu hantar isyarat besar kepada Putrajaya

    BERITA SEMASA 28 APRIL 2024 Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu cukup penting kepada Perikatan Nasional (PN) untuk memastikan isyarat besar dapat dihantar kepada Putrajaya, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin. Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, meskipun keputusan PRK Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei nanti tidak akan mengubah kedudukan kerajaan negeri dan Persekutuan ketika ini, sebaliknya akan menunjukkan hala tuju sokongan rakyat. Jelasnya, PRK kali ini merupakan kayu ukur bukan setakat di Selangor tetapi juga di peringkat nasional.  Beliau berkata, ini bermakna jika pengundi menunjukkan sikap marah dan benci, kalahkan calon DAP, ia bermakna isyarat besar sudah sampai ke Putrajaya. Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, PN boleh memenangi PRK Kuala Kubu Baharu sekiranya 80 hingga 90 peratus pengundi Melayu melaksanakan tanggungjawab mereka pada hari pengundian nanti. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/661784/berita/politik/prk-kkb-pn-mahu-hantar-isyarat-besar-kepada-putrajaya? Muzik: Elevate dari www.bensound.com #SinarHarian #BeritaSemasa #PRKKualaKubuBaharu #MuhyiddinYassin

    Sun, 28 Apr 2024 - 00min
  • 2884 - JPNS diminta beri penjelasan kantin sekolah jual makanan tidak bersih

    BERITA SEMASA 28 APRIL 2024 Exco Pendidikan Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif akan mendapatkan penjelasan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) berhubung isu tular yang mendakwa pihak kantin menjual makanan tidak bersih di sebuah sekolah menengah di sini baru-baru ini, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin. Diminta mengulas lanjut, Mohd Arifin menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap isu terbabit. Dalam pada itu, JPNS turut diminta memastikan pengusaha kantin atau pemegang tender membekalkan makanan di asrama mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dalam penyediaan makanan kepada murid atau pelajar di sekolah masing-masing. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/661794/berita/semasa/jpns-diminta-beri-penjelasan-kantin-sekolah-jual-makanan-tidak-bersih  Muzik: Elevate dari www.bensound.com #SinarHarian #BeritaSemasa #Sabah #Tularmakanantidakbersih #kantinsekolah

    Sun, 28 Apr 2024 - 01min
  • 2883 - PRK KKB: Calon PN harap tiada lagi serangan peribadi semasa kempen

    BERITA SEMASA 28 APRIL 2024 Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut berharap tiada lagi isu peribadi yang akan dijadikan 'peluru' untuk menyerangnya sepanjang kempen, lapor wartawan Sinar Harian, Diana Azis. Pemangku Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor itu berkata, pengesahan daripada Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) mengenai taraf akademiknya itu telah 'menutup mulut' semua pihak yang mempertikaikan perkara berkenaan. Kontroversi membabitkan taraf pendidikan Khairul Azhari rancak diperdebatkan susulan menimbulkan kekeliruan kerana beliau memiliki ijazah sarjana tanpa ijazah sarjana muda. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/661773/berita/politik/prk-kkb-calon-pn-harap-tiada-lagi-serangan-peribadi-semasa-kempen Muzik: Elevate dari www.bensound.com #SinarHarian #BeritaSemasa #PRKkualakububaharu #PRK #KualaKubuBaharu #CalonPN

    Sun, 28 Apr 2024 - 00min
  • 2882 - Mayat lelaki bertatu ditemui terapung di Sungai Linggi

    BERITA SEMASA 27 APRIL 2024 Mayat seorang elaki bertatu tanpa identiti dalam keadaan yang sudah reput ditemui di Sungai Linggi di Jalan Paroi-Senawang berhampiran sebuah stesen minyak di sini pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, mayat itu ditemui kira-kira jam 2 petang oleh seorang lelaki warga emas berusia 63 tahun yang sedang menjala ikan di sungai berkenaan. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/661680/berita/semasa/mayat-lelaki-bertatu-ditemui-terapung-di-sungai-linggi Muzik: Elevate dari www.bensound.com #SinarHarian #BeritaSemasa #mayatlelakibertatu

    Sun, 28 Apr 2024 - 00min
Mostra altri episodi