Podcasts by Category

Sinar Harian

Sinar Harian

sinarharian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik. Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

2929 - Remaja 13 tahun mengaku bakar anak kucing hidup-hidup
0:00 / 0:00
1x
  • 2929 - Remaja 13 tahun mengaku bakar anak kucing hidup-hidup

    BERITA SEMASA 3 MEI 2024 Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membakar anak kucing di sebuah pangsapuri, minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin. Remaja yang tidak pernah bersekolah itu, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Nik Siti Norazlini Nik Mohamed Faiz. Bagaimanapun, mahkamah menetapkan 27 Jun untuk tarikh sebutan semula kes bagi laporan akhlak sebelum hukuman dijatuhkan. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662671/berita/semasa/remaja-13-tahun-mengaku-bakar-anak-kucing-hidup-hidup Muzik: Elevate dari www.bensound.com #SinarHarian #BeritaSemasa #bakarkucing #pesalahjuvana

    Fri, 03 May 2024 - 01min
  • 2928 - Suami isteri abai dua anak, kereta rempuh bazar akan fail representasi

    BERITA SEMASA 3 MEI 2024 Pasangan suami isteri akan memfailkan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi pertuduhan meninggalkan dua anaknya yang masih kecil dalam kenderaan tidak dimatikan enjin tanpa pengawasan, Mac lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafidah Assan. Perkara itu dimaklumkan peguam, Ahmad Loqman Hakim Ahmad Khairie yang mewakili Muhammad Firdaus Shariman, 33, dan Siti Salasiah Jumaah, 25 ketika sebutan kes di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada Jumaat di hadapan Hakim, Norma Ismail.  Pada 3 April lalu, kedua-dua tertuduh membuat pengakuan bersalah atas pertuduhan tersebut.  Berdasarkan pertuduhan, tertuduh bersama-sama didapati mendedahkan dua anaknya iaitu perempuan berusia lima tahun tujuh bulan dan lelaki berusia setahun tiga bulan dengan cara meninggalkannya dalam kenderaan yang tidak dimatikan enjin tanpa pengawasan. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662644/berita/semasa/suami-isteri-abai-dua-anak-kereta-rempuh-bazar-akan-fail-representasi Muzik: Elevate dari www.bensound.com #SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #keretarempuhbazar #tinggalanakdalamkereta

    Fri, 03 May 2024 - 01min
  • 2927 - Jalan Sultan Ismail dibuka dua hala, PDRM tempatkan 20 anggota

    BERITA SEMASA 3 MEI 2024 Polis Diraja Malaysia (PDRM) menempatkan kira-kira 20 anggota di sepanjang persimpangan Jalan Sultan Ismail bagi melicinkan lalu lintas. Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, penempatan anggota trafik tersebut dibuat selepas perubahan jalan dua hala membabitkan laluan utama ibu kota itu. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662658/berita/semasa/jalan-sultan-ismail-dibuka-dua-hala-pdrm-tempatkan-20-anggota Muzik: Elevate dari www.bensound.com #SinarHarian #BeritaSemasa #PDRM

    Fri, 03 May 2024 - 02min
  • 2926 - Titah Adendum: Pas dakwa kerajaan tidak jujur

    BERITA SEMASA 3 MEI 2024 Pas mendakwa kegagalan kerajaan bersikap jujur dan telus berhubung isu Titah Adendum Yang di-Pertuan Agong ke-16 membabitkan tahanan di rumah kepada Datuk Seri Najib Tun Razak tidak boleh diterima malah zalim serta melampaui batas. Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, susulan itu kerajaan perlu bertanggungjawab untuk menjelaskan perkara sebenar selain mengambil langkah bermaruah membetulkan keadaan kerana taruhannya sangat besar. Katanya, ia bukan sahaja melibatkan kesejahteraan diri seorang individu namun lebih penting ialah kemaslahatan negara dan rakyat serta keutuhan sistem kenegaraan. Artikel:https://www.sinarharian.com.my/article/662649/berita/nasional/titah-adendum-pas-dakwa-kerajaan-tidak-jujur Muzik: Elevate dari www.bensound.com #SinarHarian #BeritaSemasa #titahadendum #PAS

    Fri, 03 May 2024 - 01min
  • 2925 - Jentera Pas seluruh negara sudah berkampung di KKB - Tuan Ibrahim

    BERITA SEMASA 3 MEI 2024 Pas sekali lagi menegaskan parti itu tidak memboikot calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, lapor wartawan Sinar Harian, Diana Azis. Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man malah menjelaskan, semua pemimpin tertinggi telah dijadualkan untuk turut serta dalam setiap kempen yang berbaki kurang sembilan hari lagi. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662664/berita/politik/jentera-pas-seluruh-negara-sudah-berkampung-di-kkb---tuan-ibrahim Muzik: Elevate dari www.bensound.com #SinarHarian #BeritaSemasa #pastidakboikotcalonpn #PRKKKB

    Fri, 03 May 2024 - 00min
Show More Episodes