Filtrar por gênero

Sinar Harian

Sinar Harian

sinarharian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik. Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

3010 - Pengundi luar tidak pulang punca PN kalah PRK KKB - Ahmad Faizal
0:00 / 0:00
1x
  • 3010 - Pengundi luar tidak pulang punca PN kalah PRK KKB - Ahmad Faizal

    BERITA SEMASA 11 MEI 2024 Perikatan Nasional (PN) tidak menolak kemungkinan faktor pekerja luar yang tidak pulang mengundi menyebabkan parti itu kalah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu pada Sabtu. Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, analisis awal peratusan pengundi luar yang balik mengundi pada PRK Kuala Kubu Baharu didapati rendah. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/664283/berita/politik/pengundi-luar-tidak-pulang-punca-pn-kalah-prk-kkb---ahmad-faizal Muzik: Elevate dari www.bensound.com #SinarHarian #SinarTerkini #PRKKualaKubuBaharu #Politik #PRK

    Sat, 11 May 2024 - 00min
  • 3009 - Askar, polis undi calon PH - Bekas MP Kangar

    BERITA SEMASA 11 MEI 2024 Bekas Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad mendakwa undi awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu memihak kepada calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao dengan 592 undi. Noor Amin menerusi X memberitahu, calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut memperoleh 156 undi, manakala calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hafizah Zainuddin dan calon Bebas, Nyau Ke Xin masing-masing memperoleh satu undi setakat jam 5 petang tadi. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/664250/berita/politik/askar-polis-undi-calon-ph---bekas-mp-kangar Muzik: Elevate dari www.bensound.com #SinarHarian #BeritaSemasa #PRKKKB #kualakububaharu

    Sat, 11 May 2024 - 01min
  • 3008 - Faisal Halim dipantau rapi, tidak terima pelawat

    BERITA SEMASA 11 MEI 2024 Pemain Selangor FC, Faisal Halim tidak dibenarkan menerima pelawat semasa menjalani proses pemulihan selepas prosedur pembedahan ketiga di sebuah hospital swasta di Shah Alam pada Khamis. Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohd Najwan Halimi berkata, pemain sayap sensasi Harimau Malaya itu perlu berada dalam pemantauan rapi untuk tempoh dua minggu akan datang. Artikel:https://www.sinarharian.com.my/article/664221/berita/sukan/faisal-halim-dipantau-rapi-tidak-terima-pelawat Muzik: Elevate dari www.bensound.com #SinarHarian #BeritaSemasa #Faisalhalim #SelangorFC

    Sat, 11 May 2024 - 01min
  • 3007 - Pasangan warga emas redah 200 km demi PRK Kuala Kubu Baharu

    BERITA SEMASA 11 MEI 2024 Pasangan warga emas sanggup menempuh perjalanan hampir 200 kilometer (km) dari Kuala Kangsar, Perak ke Kuala Kubu Baharu demi menunaikan tanggungjawab mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar. Pasangan berkenaan Abdul Rahim Bidin, 67 dan Noraini Mansor, 65, bergerak selepas subuh dan selesai membuang undi di SJKC Khing Ming sekitar jam 8.30 pagi, Sabtu. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/664151/edisi/selangor-kl/pasangan-warga-emas-redah-200-km-demi-prk-kuala-kubu-baharu Muzik: Elevate dari www.bensound.com #SinarHarian #BeritaSemasa #PRKKKB #Kualakububaharu

    Sat, 11 May 2024 - 01min
  • 3006 - PRK KKB: Harap YB baharu bantu baiki bumbung bocor

    BERITA SEMASA 11 MEI 2024 Salah seorang penduduk Orang Asli yang keluar mengundi pada Sabtu berharap calon yang diangkat sebagai wakil rakyat kelak dapat memberi tumpuan terhadap aspek kebajikan komuniti itu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar. Latif Wok, 50, dari Kampung Tun Razak berkata, dia berharap permintaan penduduk agar bumbung rumah yang sekian lama bocor dapat dibaiki. Menurutnya, telah banyak kali memohon bantuan bagi tujuan baik pulih itu namun sehingga kini masalah tersebut tidak mendapat perhatian. Artikel:https://www.sinarharian.com.my/article/664190/edisi/selangor-kl/prk-kkb-harap-yb-baharu-bantu-baiki-bumbung-bocor Muzik: Elevate dari www.bensound.com #SinarHarian #BeritaSemasa #PRKKKB #Kualakububaharu

    Sat, 11 May 2024 - 01min
Mostrar mais episódios