Filtrar por género

Sinar Harian

Sinar Harian

sinarharian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik. Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

2978 - Insiden serangan pemain bola sepak: Kawalan keselamatan dipertingkat
0:00 / 0:00
1x
  • 2978 - Insiden serangan pemain bola sepak: Kawalan keselamatan dipertingkat

    BERITA SEMASA 8 MEI 2024 Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberi jaminan tahap keselamatan akan dipertingkatkan oleh PDRM susulan insiden serangan beberapa pemain bola sepak. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/663638/berita/semasa/serangan-pemain-bola-sepak-polis-tingkat-tahap-keselamatan Muzik: Elevate dari www.bensound.com #SinarHarian #BeritaSemasa #FaisalHalim

    Wed, 08 May 2024 - 01min
  • 2977 - Faisal beri respons positif - Hannah

    BERITA SEMASA 8 MEI 2024 Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memaklumkan, pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim yang cedera dalam insiden simbahan asid memberi respon positif ketika ditemui di sebuah hospital di Shah Alam hari ini. Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1 Muzik: Elevate dari www.bensound.com #SinarHarian #BeritaSemasa #FaisalHalim

    Wed, 08 May 2024 - 01min
  • 2976 - Kes pecah cermin kereta Safiq Rahim tiada kaitan kes Faisal, Akhyar

    BERITA SEMASA 8 MEI 2024 Polis Johor mengesahkan insiden cermin kereta pemain skuad Johor Darul Ta'zim (JDT), Safiq Rahim dipecahkan oleh individu tidak dikenali pada Selasa, tiada kaitan dengan kes melibatkan pemain Selangor FC, Faisal Halim dan Akhyar Rashid (Terengganu FC), baru-baru ini. Ketua Polis Johor Komisioner M. Kumar berkata, siasatan menyeluruh dijalankan termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian dan berhampiran dalam usaha mengenal pasti dua suspek yang terlibat. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/663604/berita/semasa/kes-pecah-cermin-kereta-safiq-rahim-tiada-kaitan-kes-faisal-akhyar Muzik: Elevate dari www.bensound.com #SinarHarian #BeritaSemasa #SafiqRahim #FaisalSalim #AkhyarRashid

    Wed, 08 May 2024 - 02min
  • 2975 - Siasatan ke atas Bloomberg bukan arahan kerajaan – Fahmi

    BERITA SEMASA 8 MEI 2024 Siasatan ke atas Bloomberg bukan arahan kerajaan sebaliknya hasil laporan polis yang dibuat oleh firma peguam syarikat yang terkait penerbitan artikel mengenai dakwaan pembangunan kasino di Forest City, Johor. Menurut Menteri Komunikasi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, siasatan itu dibuat mengikut proses undang-undang sedia ada selepas laporan polis dibuat oleh pihak Berjaya Corp Bhd (Berjaya). Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1 Muzik: Elevate dari www.bensound.com #SinarHarian #BeritaSemasa #Bloomberg #ForestCity

    Wed, 08 May 2024 - 01min
  • 2974 - Suami isteri mengaku tidak bersalah miliki 10,000 ubat batuk tiruan

    BERITA SEMASA 8 MEI 2024 Pasangan suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Seremban pada Rabu atas enam dan empat pertuduhan memiliki 10,000 unit ubat batuk dengan menyalahgunakan cap dagang jenama Dynapharm tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian Syamilah Zulkifli. Tertuduh, James Ooi Joe Behn, 41, dan Cheong Yin Ying, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan bagi kapasiti individu, pengarah dan wakil syarikat di hadapan Hakim, Mazni Nawi. Artikel:https://www.sinarharian.com.my/article/663581/berita/semasa/suami-isteri-mengaku-tidak-bersalah-miliki-10000-ubat-batuk-tiruan Muzik: Elevate dari www.bensound.com #SinarHarian #BeritaSemasa #ubatbatuk #mahkamah #tiruan

    Wed, 08 May 2024 - 01min
Mostrar más episodios